Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat dan setiap manusia akan dapat apa-apa yang ia niatkan." (Riiwayat al-Bukhari)

Thursday, 26 December 2013

Keindahan 25 Disember .

Assalamualaikum warahmatullah semua !  Apa khabar?Kaifa Halukum? Semoga pembaca misteri blog saya ini dalam keadaan sihat sejahtera . Huh , lama betul kan saya tak update blog ni . Kesian , dan bersarang labah2 dah blog ni . Dah lama sunyi dengan perkongsian .

Alhamdulillah , Allah s.w.t still give we a chance to stay on His world .
Say Alhamdulillah Thank you Allah <3

Hah ! , kalian semua nak tahu tak? 25 Disember 2013 bersamaan 21 Safar 1435H yang lalu ana jadi orang dewasa . Hah , jangan fikir lain..bukan kahwin tau..

Nak tahu apa? Hee , Alhamdulillah Allah izinkan ana untuk menyebarkan dakwah (Stongan (Sarung kaki & lengan) kepada muslimat di sekitar KL bersama-sama team ataupun boleh kata kakak2 Team Sarung Kaki Project *Jap , tengah lap air mata jap. Sebak . huhu .

KAMI Para Pejuang sedang bersiap sedia berangkat pergi ke Medan pertempuran .

Kami Di Masjid As-Syakirin , KLCC .


Hee , gambar ini haritu punya cerita , Huhu . Ana rasa macam tak sanggup pula tangan ini untuk menaip . Sedih ooo . Sedih tau nak berpisah dengan para pejuang SKP ni . huhu :'(

Hee , kalian tahu tak SKP ni apa? SKP ini adalah singkatan nama dari Sarung Kaki Project . Bolehlah kalian buka Page Sarung Kaki Project ini di Facebook . 


Hee , kalian ada Facebook kan?Huhuu .

Ya Allah Ya Allah ! Ana rasa haritu ana kerdil sangat . Nak tahu sebab apa?Huhu . Ana dikelilingi dengan kakak2 yang dah banyak pengalaman dalam hidupnya..




Kat sana ana rapat dengan kakak kakak yang dari UPNM . Hee , kakak2 lain pun ana rapat juga .  

Dari kiri Akak Jue , Akak Intan , Akak Liza dan sepupu Kak Aliaa (Lupa namanya)huhu*Maaf kak !

Expecially yang paling saya rindu Kak Jue . Kak Jue ni umurnya 22 tahun . Belajar di UPNM . Akak Intan pun sama . *Jangan main2 tau dengan akak2 ni , Akak ni tentera Muslimah tau . Huhu . Ada lagi seorang yang belajar kat UPNM , Kak Iffah namanya . Hee , dia berpurdah . Hee , saya suka tengok penampilan dan gaya kak Iffah . Gaya sempoi jee . *Hee , tak ada gambar kak Iffah lah . huhu . 

Ini kak Syifa , yang berbaju pink tu.. Kak Syifa ni comel orangnya . ceR tEKA , uMUrnya beraPa? HuHuuuu .^_^ 

Umurnya baru 20 Tahun >.<
*Maaf kak , nampak kabur kan gambar ni . Huuu :'(

Kak Syifa ! Saya nak akak tahu yang saya rindu lillahitaala kat Akak :)
InsyaAllah , kalau saya dapat sambung belajar kat Kuis , saya akan cari akak!
Huhuu~
Terima kasih kak atas buku tu . Saya masih simpan lagi . Walaupun baru sekejap sahaja berkenalan . Tapi , saya berharap di syurga nanti kita akan bertemu kelak ! InsyaAllah . 
Hee , thanks kak ajarkan@pakaikan saya niqab . Hee ^^ 
Sayang akak lillahi ta'ala <3

Untuk Kak Iffah , saya tabik spring utk akak . Hee , akak banyak bercerita tentang pertunangan/perkahwinan dengan Kak Liza . Apa lagi , tumpang dengar sekali lah . #Apabilabudakbawahumurtahutentangperkahwinan.
Hee , bukan sengaja dengar , Kebetulan makan lunch sama-sama dengan akak2 . Hee

Akak! Kalau akak pembaca misteri blog ini.. Saya nak akak tahu yang Adik Syuhada ini rindu akak2 semua. Rindu sampai ke syurga <3. InsyaAllah . 


Bersama Kak Aliaa

Hee , yang ini Kak Nor Aliaa binti Sidek Shah . Akak Aliaa ni Admin page SKP , *Jap , lap airmata jap . Hah , seorang lagi , Kak Aliaa ! Saya Rindu akak sangat2 ! Huhu . Kak Aliaa sangat baik , sopan dan lembut orangnya .Hee , sayang Kak Aliaa Lillahitaala

Huuhuu , nak tahu tak?? kat sana ada sepasang suami isteri yang masih basah inai di jarinya *baru seminggu ...
Isterinya baru berumur 19 tahun 

\

Best sangat tengok mereka . Seharian suami dia menemankan zaujahnya . Saya panggil dia akak Aisyah . Hee , comel orangnya . Kurus jee . Pandai suami dia jaga kak Aisyah .


Bermulah perjuangan kami 



Hee , okay start cerita yang sebenarnya. Haha ! Pada pukul 8 lebih tu kami susun dan kira2 stokin . Alhamdulillah banyak stokin yang dapat dikumpulkan hasil sumbangan hamba Allah yang pemurah . Kak Aliaa sebak , dia menangis , tak sangka sebanyak 1000 lebih stokin yang ada . Kak Aliaa menangis sebab ada orang kata dekat dia . "Kau ni biar betul manalah nak dapat sampai 1000 tu.." . Tup tup Alhamdulillah dengan Bantuan Allah, sebanyak 1000 LEBIH stokin dapat diedarkan kepada muslimat di sekitar KL .
Alhamdulillah Alhamdulillah sebak saya dengar kata kata kak Aliaa .

 
 

Selepas itu , lepas susun2 kami ada briefing dengan Kak Aliaa ! xD

Seramai lebih kurang 45 Orang yang menyertai kerja Dakwah ini . Ada 3 Kumpulan . Setiap kumpulan ada lebih kurang 14-15 orang . Hee , saya kumpulan 3 bersama dengan kak Aliaa , Kak Jue , Kak Ummi , dan Kak Aisyah , Adik Atiqah dan lain2 (Huhuuu maaf tak ingat nama) . Kami kumpulan 3 menuju ke kawasan sekitar Semua House , KL . 


Group 3 di Semua House pada pukul 12:30 tengah hari 
25 Disember 2013

Huhu , Ramai gila orang kat sana .Cuak pun ada . Cuti krismas katakan . 
Tapi , ana benar2 tabik spring kepada salah seorang volunteer team SKP , Namanya Khadijah . *Hee , sedapkan namanya . Dia datang dari Germany .

Hee , kami di sana akan memakai ikat kepala yang berwarna HITAM yang bertulis 

 SARUNG KAKI PROJECT 

Ada macam orang nak pi DEMO TAK kami ini ? huhu

Okayy , sepanjang kami menuju ke wisma house . Macam-macam perasaan yang ada . huh Malu+gementar +takut . huh , macam2lah . Kami menuju ke wisma house naik LRT dari KLCC . Seriously , ramai yang tengok kami . Huhu . *Nasib baiklah niqab jadi peneman . (Thanks awak atas saranan itu!) . 


Group 2 Ini dekat Sogo ,KL :)


Group 3 Di sekitar Wisma House ^_^



(: Group 1 Di Jalan Masjid India .


Hah , Cerita mengenai Niqab . Hahaha ! . 3 HARI memikirkan nak pakai tudung apa time ni untuk disesuaikan dengan Niqab Hitam . Cadang nak pakai niqab dengan tudung pink sahaja .*Huu , warne kegemaran . Tapi , nampak macam over je  . *Menyerlah sangat . Fikir punya fikir , akhirnya ana mengambil keputusan pakai warna biru je . Huhu . *Atas saranan puteri yuana , suruh ambil warna gelap . Hee , thanks Puteri ^^ I <3 U .
Hah !! Time nak makan pulak ! HAHAHA xD
Huhu , susah wei . Hangpa fikir senang~


Haha ! Pagi makan nasi lemak..Huu , tak pandailah awak makan nasi lemak pakai niqab. Lastly, saya bagi je nasi lemak ini dekat kawan saya .
Kesian dia , nama dia tak tersenarai , so dia tak dapat makanan pagi tuh . Kesianlah pulak dia , Bagilah kat dia . *Lagipun waktu tu ana dah kenyang!Alhamdulillah :)

Waktu lunch saya makan dengan kakak2 UPNM . Huhu , saya seorang saja yang muda di situu . Ada 4 orang kakak . Akak Jue , Akak Intan , Akak Liza dengan Kak Iffah . Kak Liza dengan Kak Iffah seorang niqabians . Huhuu , apalagi tengoklah mereka makan . Mereka ajarlah saya yang masih jahil ini makan berniqab . Wahh!terharu dengar cerita akak2 ni . #Senang jee makan bertangan ketika berniqab ni . huu .
*Makanpakaitangan memanglahsenang,cubapakaisudu--'' haha .

~~Okaaayyyy , dah tutup cerita yang ini. Huuu~~

Haha !Sambung cerita bab sebarkan Stokin >.<

Huhuhu , banyak betul cabaran yang kami hadapi..

Saya seharian bersama sebarkan stokin dengan kak Jue . *Rasa macam nak nangis je...
Tapi , alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan kami.. Kerja dakwah bukan mudah kan?? Huhu. Apalah sangat cabaran/kesusahan kami ini kalau nak dibandingkan dengan Rasulullah Sollallahu Alaihi wassalam ketika mula menyebarkan Islam dulu .Allahu :'(


Ada ramai la juga yang apabila kami beri stokin percuma ada yang lari...huu *Patah semangat pun ada .. Nasib baik Kak Jue ada , banyak memberikan kata-kata semangat untuk saya . Hee , lepas tu , ada pula yang apabila kami memberikan stokin , dia appriciate kami, Mereka kata "Ohh bagus bagus , teruskan kerja dakwah ini.." Ada juga yang kata "Oohh , dah Like dah Page Sarung Kaki Project ni.." Ada juga "eh , berapa harga stokin ni...? " .

HAHA ! , banyak betul ragam yang kami tempuh !

HAH ! , Ini MENARIK ^^ . Ada makcik ini dah dapat stokin dari kami dia terus pakai . Alhamdulillah , semoga Makcik ini diberikan Hidayah yang sepenuhnya daripada Allah S.W.T .

Hee , tamatlah kerja kami di sini . Di Semua House ! xD
Hee , bergambar jap dengan orang Sabahan ! Hee ^^

Alhamdulillah , kami sangat suka kerja macam ni . Ramai sangat rakyat Malaysia yang appriciate kami !

Semoga kerja dakwah ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang . 

Dah selesai semua program pada pukul 1:30 macam tulah . kami terus berkumpul di Masjid Assyakirin KLCC untuk sesi refleksi . Huhu . segan pun ada . Nak cakap tapi , point tu dah ada orang cakap . Nak cita apa pun tak tawuu ~~ huhu

waktu refleksi  , ada pelancong dari Iraq datang . Huhu , akak2 bertemu ramah la dengan dia , anak dia pun ada juga *comel ^^. Huhu , Kakak2 yang banyak speaking dengan dia .



Ahlan Wasahlan Fi Malaysia <3


Hee , sempat pula bergambar dengan budak comel Iraq ni ^_^



Hee , Tak sanggup dah cerita banyak2 . Nanti penuh baldi ini dengan air mata . 
Ana rindu kalian kerana Allah subhanahu wata'ala <3
Uhibbukifillah Hubban Jamma"

Tak sanggup rasai perpisahan :'(

Tamat program . Bergambar jap (:

Semoga dengan dakwah ini , ana juga diberikan kesedaran dalam menutup aurat . Ameen , Allahumma Amin .
salam sayang dari budak kecil kepada Team SKP <3

No comments:

Post a Comment