Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat dan setiap manusia akan dapat apa-apa yang ia niatkan." (Riiwayat al-Bukhari)

Thursday, 26 December 2013

Keindahan 25 Disember .

Assalamualaikum warahmatullah semua !  Apa khabar?Kaifa Halukum? Semoga pembaca misteri blog saya ini dalam keadaan sihat sejahtera . Huh , lama betul kan saya tak update blog ni . Kesian , dan bersarang labah2 dah blog ni . Dah lama sunyi dengan perkongsian .

Alhamdulillah , Allah s.w.t still give we a chance to stay on His world .
Say Alhamdulillah Thank you Allah <3

Hah ! , kalian semua nak tahu tak? 25 Disember 2013 bersamaan 21 Safar 1435H yang lalu ana jadi orang dewasa . Hah , jangan fikir lain..bukan kahwin tau..

Nak tahu apa? Hee , Alhamdulillah Allah izinkan ana untuk menyebarkan dakwah (Stongan (Sarung kaki & lengan) kepada muslimat di sekitar KL bersama-sama team ataupun boleh kata kakak2 Team Sarung Kaki Project *Jap , tengah lap air mata jap. Sebak . huhu .

KAMI Para Pejuang sedang bersiap sedia berangkat pergi ke Medan pertempuran .

Kami Di Masjid As-Syakirin , KLCC .


Hee , gambar ini haritu punya cerita , Huhu . Ana rasa macam tak sanggup pula tangan ini untuk menaip . Sedih ooo . Sedih tau nak berpisah dengan para pejuang SKP ni . huhu :'(

Hee , kalian tahu tak SKP ni apa? SKP ini adalah singkatan nama dari Sarung Kaki Project . Bolehlah kalian buka Page Sarung Kaki Project ini di Facebook . 


Hee , kalian ada Facebook kan?Huhuu .

Ya Allah Ya Allah ! Ana rasa haritu ana kerdil sangat . Nak tahu sebab apa?Huhu . Ana dikelilingi dengan kakak2 yang dah banyak pengalaman dalam hidupnya..




Kat sana ana rapat dengan kakak kakak yang dari UPNM . Hee , kakak2 lain pun ana rapat juga .  

Dari kiri Akak Jue , Akak Intan , Akak Liza dan sepupu Kak Aliaa (Lupa namanya)huhu*Maaf kak !

Expecially yang paling saya rindu Kak Jue . Kak Jue ni umurnya 22 tahun . Belajar di UPNM . Akak Intan pun sama . *Jangan main2 tau dengan akak2 ni , Akak ni tentera Muslimah tau . Huhu . Ada lagi seorang yang belajar kat UPNM , Kak Iffah namanya . Hee , dia berpurdah . Hee , saya suka tengok penampilan dan gaya kak Iffah . Gaya sempoi jee . *Hee , tak ada gambar kak Iffah lah . huhu . 

Ini kak Syifa , yang berbaju pink tu.. Kak Syifa ni comel orangnya . ceR tEKA , uMUrnya beraPa? HuHuuuu .^_^ 

Umurnya baru 20 Tahun >.<
*Maaf kak , nampak kabur kan gambar ni . Huuu :'(

Kak Syifa ! Saya nak akak tahu yang saya rindu lillahitaala kat Akak :)
InsyaAllah , kalau saya dapat sambung belajar kat Kuis , saya akan cari akak!
Huhuu~
Terima kasih kak atas buku tu . Saya masih simpan lagi . Walaupun baru sekejap sahaja berkenalan . Tapi , saya berharap di syurga nanti kita akan bertemu kelak ! InsyaAllah . 
Hee , thanks kak ajarkan@pakaikan saya niqab . Hee ^^ 
Sayang akak lillahi ta'ala <3

Untuk Kak Iffah , saya tabik spring utk akak . Hee , akak banyak bercerita tentang pertunangan/perkahwinan dengan Kak Liza . Apa lagi , tumpang dengar sekali lah . #Apabilabudakbawahumurtahutentangperkahwinan.
Hee , bukan sengaja dengar , Kebetulan makan lunch sama-sama dengan akak2 . Hee

Akak! Kalau akak pembaca misteri blog ini.. Saya nak akak tahu yang Adik Syuhada ini rindu akak2 semua. Rindu sampai ke syurga <3. InsyaAllah . 


Bersama Kak Aliaa

Hee , yang ini Kak Nor Aliaa binti Sidek Shah . Akak Aliaa ni Admin page SKP , *Jap , lap airmata jap . Hah , seorang lagi , Kak Aliaa ! Saya Rindu akak sangat2 ! Huhu . Kak Aliaa sangat baik , sopan dan lembut orangnya .Hee , sayang Kak Aliaa Lillahitaala

Huuhuu , nak tahu tak?? kat sana ada sepasang suami isteri yang masih basah inai di jarinya *baru seminggu ...
Isterinya baru berumur 19 tahun 

\

Best sangat tengok mereka . Seharian suami dia menemankan zaujahnya . Saya panggil dia akak Aisyah . Hee , comel orangnya . Kurus jee . Pandai suami dia jaga kak Aisyah .


Bermulah perjuangan kami 



Hee , okay start cerita yang sebenarnya. Haha ! Pada pukul 8 lebih tu kami susun dan kira2 stokin . Alhamdulillah banyak stokin yang dapat dikumpulkan hasil sumbangan hamba Allah yang pemurah . Kak Aliaa sebak , dia menangis , tak sangka sebanyak 1000 lebih stokin yang ada . Kak Aliaa menangis sebab ada orang kata dekat dia . "Kau ni biar betul manalah nak dapat sampai 1000 tu.." . Tup tup Alhamdulillah dengan Bantuan Allah, sebanyak 1000 LEBIH stokin dapat diedarkan kepada muslimat di sekitar KL .
Alhamdulillah Alhamdulillah sebak saya dengar kata kata kak Aliaa .

 
 

Selepas itu , lepas susun2 kami ada briefing dengan Kak Aliaa ! xD

Seramai lebih kurang 45 Orang yang menyertai kerja Dakwah ini . Ada 3 Kumpulan . Setiap kumpulan ada lebih kurang 14-15 orang . Hee , saya kumpulan 3 bersama dengan kak Aliaa , Kak Jue , Kak Ummi , dan Kak Aisyah , Adik Atiqah dan lain2 (Huhuuu maaf tak ingat nama) . Kami kumpulan 3 menuju ke kawasan sekitar Semua House , KL . 


Group 3 di Semua House pada pukul 12:30 tengah hari 
25 Disember 2013

Huhu , Ramai gila orang kat sana .Cuak pun ada . Cuti krismas katakan . 
Tapi , ana benar2 tabik spring kepada salah seorang volunteer team SKP , Namanya Khadijah . *Hee , sedapkan namanya . Dia datang dari Germany .

Hee , kami di sana akan memakai ikat kepala yang berwarna HITAM yang bertulis 

 SARUNG KAKI PROJECT 

Ada macam orang nak pi DEMO TAK kami ini ? huhu

Okayy , sepanjang kami menuju ke wisma house . Macam-macam perasaan yang ada . huh Malu+gementar +takut . huh , macam2lah . Kami menuju ke wisma house naik LRT dari KLCC . Seriously , ramai yang tengok kami . Huhu . *Nasib baiklah niqab jadi peneman . (Thanks awak atas saranan itu!) . 


Group 2 Ini dekat Sogo ,KL :)


Group 3 Di sekitar Wisma House ^_^



(: Group 1 Di Jalan Masjid India .


Hah , Cerita mengenai Niqab . Hahaha ! . 3 HARI memikirkan nak pakai tudung apa time ni untuk disesuaikan dengan Niqab Hitam . Cadang nak pakai niqab dengan tudung pink sahaja .*Huu , warne kegemaran . Tapi , nampak macam over je  . *Menyerlah sangat . Fikir punya fikir , akhirnya ana mengambil keputusan pakai warna biru je . Huhu . *Atas saranan puteri yuana , suruh ambil warna gelap . Hee , thanks Puteri ^^ I <3 U .
Hah !! Time nak makan pulak ! HAHAHA xD
Huhu , susah wei . Hangpa fikir senang~


Haha ! Pagi makan nasi lemak..Huu , tak pandailah awak makan nasi lemak pakai niqab. Lastly, saya bagi je nasi lemak ini dekat kawan saya .
Kesian dia , nama dia tak tersenarai , so dia tak dapat makanan pagi tuh . Kesianlah pulak dia , Bagilah kat dia . *Lagipun waktu tu ana dah kenyang!Alhamdulillah :)

Waktu lunch saya makan dengan kakak2 UPNM . Huhu , saya seorang saja yang muda di situu . Ada 4 orang kakak . Akak Jue , Akak Intan , Akak Liza dengan Kak Iffah . Kak Liza dengan Kak Iffah seorang niqabians . Huhuu , apalagi tengoklah mereka makan . Mereka ajarlah saya yang masih jahil ini makan berniqab . Wahh!terharu dengar cerita akak2 ni . #Senang jee makan bertangan ketika berniqab ni . huu .
*Makanpakaitangan memanglahsenang,cubapakaisudu--'' haha .

~~Okaaayyyy , dah tutup cerita yang ini. Huuu~~

Haha !Sambung cerita bab sebarkan Stokin >.<

Huhuhu , banyak betul cabaran yang kami hadapi..

Saya seharian bersama sebarkan stokin dengan kak Jue . *Rasa macam nak nangis je...
Tapi , alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan kami.. Kerja dakwah bukan mudah kan?? Huhu. Apalah sangat cabaran/kesusahan kami ini kalau nak dibandingkan dengan Rasulullah Sollallahu Alaihi wassalam ketika mula menyebarkan Islam dulu .Allahu :'(


Ada ramai la juga yang apabila kami beri stokin percuma ada yang lari...huu *Patah semangat pun ada .. Nasib baik Kak Jue ada , banyak memberikan kata-kata semangat untuk saya . Hee , lepas tu , ada pula yang apabila kami memberikan stokin , dia appriciate kami, Mereka kata "Ohh bagus bagus , teruskan kerja dakwah ini.." Ada juga yang kata "Oohh , dah Like dah Page Sarung Kaki Project ni.." Ada juga "eh , berapa harga stokin ni...? " .

HAHA ! , banyak betul ragam yang kami tempuh !

HAH ! , Ini MENARIK ^^ . Ada makcik ini dah dapat stokin dari kami dia terus pakai . Alhamdulillah , semoga Makcik ini diberikan Hidayah yang sepenuhnya daripada Allah S.W.T .

Hee , tamatlah kerja kami di sini . Di Semua House ! xD
Hee , bergambar jap dengan orang Sabahan ! Hee ^^

Alhamdulillah , kami sangat suka kerja macam ni . Ramai sangat rakyat Malaysia yang appriciate kami !

Semoga kerja dakwah ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang . 

Dah selesai semua program pada pukul 1:30 macam tulah . kami terus berkumpul di Masjid Assyakirin KLCC untuk sesi refleksi . Huhu . segan pun ada . Nak cakap tapi , point tu dah ada orang cakap . Nak cita apa pun tak tawuu ~~ huhu

waktu refleksi  , ada pelancong dari Iraq datang . Huhu , akak2 bertemu ramah la dengan dia , anak dia pun ada juga *comel ^^. Huhu , Kakak2 yang banyak speaking dengan dia .



Ahlan Wasahlan Fi Malaysia <3


Hee , sempat pula bergambar dengan budak comel Iraq ni ^_^



Hee , Tak sanggup dah cerita banyak2 . Nanti penuh baldi ini dengan air mata . 
Ana rindu kalian kerana Allah subhanahu wata'ala <3
Uhibbukifillah Hubban Jamma"

Tak sanggup rasai perpisahan :'(

Tamat program . Bergambar jap (:

Semoga dengan dakwah ini , ana juga diberikan kesedaran dalam menutup aurat . Ameen , Allahumma Amin .
salam sayang dari budak kecil kepada Team SKP <3

Tuesday, 26 March 2013

Jangan ganggu hatinya lagi selagi belum tiba saatnya .


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Segala Puji bagi-Nya kerana telah memberikan kepada ana peluang untuk bernafas di bumi bertuah ini . Alhamdulillah . Kali ini , ana nak nukilkan sesuatu yang selama ini terpendam dalam hati dan kini dapat juga ana pahat di blog ini .

Khas untuk sesesorang HAMBA ALLAH yang masih mencari keredhaan-Nya..




LAHAULAWALAQUWATAILLAHBILLAHILALIILAZIM..

Hanya itu yang dapat ku rasai sewaktu menulis tinta ini..

Sebelum itu , siapakan kelengkapan sekarang . Ya mulai dari sekarang. Jangan berlengah lagi . Kerana , sekarang masa sudah suntuk untuk kita mencari ilmu . Dunia akhir zaman kan? . Banyak sangat dugaan dan cabaran yang harus kita hadapi .

Oleh itu , ayuh bangkit wahai pemuda-pemudi , Bangun! . Marilah sama-sama kita menegakkan syiar Islam ! .Mesti ramai tertanya-tanya kan? macam mana ya nak menegakkan syiar Islam ? NAH , Kita mulakan dari DIRI dahulu . Checklist amalan kita? . Adakah ia sempurna ? Adakah ia cukup sebagai bekalan ketika kita di alam barzakh nanti ?

Ermmm...

Mulai dari sekarang .

Tolak ketepi dahulu Cinta ketika Remaja ,
Tolak . Tolak . Tolak dan Tolak ke tepi dahulu !

Boleh kita nak bercinta ,tetapi ketepikan dahulu . Fokuskan kepada pelajaran ! . Raih keputusan cemerlang . Dengan keputusan cemerlang inilah yang dapat menjadi pemangkin dalam meningkatkan Martabat ISLAM !

Kejar CITA-CITA dahulu , barulah kita mengejar Cinta . Cinta akan hadir pabila sudah sampai masanya yang ALLAH telah Takdirkan ! Jodoh itu pasti akan hadir !

Apabila sudah mengejar CITA-CITA , fikirkan tentang UMMAH . Adakah ia memerlukan kita? . Ya , ummah amat memerlukan kita ! . Kawan-kawan kita di luar sana amat memerlukan kita , bimbing mereka . PESAN-MEMESANILAH kita antara satu sama lain . Barulah ISLAM kembali bersinar .

REMAJA pada zaman inilah harapan semua . Kerana pada suatu hari nanti kita semualah yang bangun membela , dan akan memipin dunia suatu hari nanti .

AYUH ! , Bangunlah dari mimpi , lupakan CINTA wahai diri , FOKUSKAN kepada PELAJARAN . Kutip semua ilmu di muka bumi ini , Walaupun ia hanya di tepi jalan . Kerana sesunguhnya , ILMU tidak akan pernah sesekali  bercampur dengan kemaksiatan .


Nukilan ini , khas dari hati hamba yang hina . yang sering melakukan kesalahan . semoga ia terkesan dalam diri . Insya-ALLAH . masih berusaha ke arah yang lebih baik , .

Khas untukmu , dan seluruh ummat Nabi Muhammad s.a.w .

                                                                        Wallahua'alam .
                                                              15 JamadilAwwal 1434H


Sunday, 24 March 2013

Keindahan ALLAH mencipta hamba-Nya .

   Alhamdulillah , akhirnya ana diberi peluang untuk mengupdate pada blog ana ini . Sudah usang dengan ilmu . Kali ini ana ingin berkongsi sesuatu yang dipetik dari sebuah surat khabar . Semoga Ia-nya bermanfaat .

 BERKATA Ali bin Abi Tolhah daripada Ibnu Abbas r.a (katanya) : "Sesungguhnya ALLAH S.W.T memulakan penciptaan manusia ada yang kafir dan ada yang beriman ."





Sebagaimana Firman Allah dalam surah at-Taghobun ayat 2 bermaksud , 'Dialah yang menjadikan kamu , ada antara kamu yang kafir dan ada yang beriman ." 

Kemudian mereka dikembalikan pada hari kiamat kelak dalam keadaan sama seperti mereka di dunia dahulu sama ada beriman ataupun kafir .

Hujah ini dikuatkan dengan hadis Riwayat Ibnu Mas'ud sebagaimana tercatat dalam Sahih Bukhari yang bermaksud :
   
              "Maka demi sesunguhnya , tiada Tuhan melainkan Dia , sesunguhnya jika seseorang daripada kamu beramal dengan amalan ahli syurga sehingga berlakulah jarak antara dirinya dan syurga itu hanya sekadar sedepa atau sehasta sahaja (tempoh sampai ke syurga) lalu telah ditetapkan sesuatu ketentuan , lalu bertukar amalannya kepada kepada amalan ahli neraka maka dia masuk neraka"

                "Dan sesunguhnya seseorang antara kamu pada awalnya dia beramal dengan ahli neraka ,sehingga jaraknya hanya sekadar sedepa atau sehasta sahaja antara dia dengan dengan neraka ,lalu berlakulah satu ketentuan , dia beramal dengan ahli syurga ,maka dia masuk syurga "

Daripada Sahl bin Sa'ad katanya,bersabda Rasulullah s.a.w bermaksud , "Sesunguhnya ada di kalangan hamba dilihat oleh manusia beramal dengan amalan ahli syurga tetapi sesunguhnya dia adalah penghuni neraka.

" Ada juga di kalangan hamba Allah yang dilihat manusia beramal dengan amalan ahli neraka, tetapi sesunguhnya dia adalah ahli syurga. Ini kerana sesunguhnya setiap amalan itu dilihat dari segi apa kesudahannya ." Yakni sama ada amalan ke syurga atau ke neraka .




Kesimpulannya , beramallah dengan LILLAHITAALA . Kita Sebagai REMAJA pada AKHIR ZAMAN INI , haruslah memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan ISLAM yang tercinta . Dengan penuh KEJUJURAN seiring mencari KEREDHAAN ILAHI . Kerana Kita ADALAH PEMBELA UMMAT NABI MUHAMMAD pada AKHIR ZAMAN . 
                   
                                                                                                                 Wallahualam

Thursday, 25 October 2012

معاملة دالم اسلام

Apa itu Muamalah?

بسم لله الرحمن الرحيم . Alhamdulillah ,tibalah peluang untuk ana berkongsi ilmu dengan kalian semua . sudah sekian lama blogg ini usang tidak dijejaki oleh pemiliknya . Memandangkan ana sendiri sedang menduduki peperiksaan akhir tahun di sebuah skola agama di Kuala Lumpur ini dan mngambil mata pelajran Syariah Islamiyah . Suka ana ingin berkongsi sdikit ilmu tentang tajuk MUAMALAH . 


MUAMALAH bermaksud tatacara atau peraturan dalam perhubungan antara sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing.


MUAMALAH adalah diHARUSkan dalam ISLAM . Sebagaimana dalam Firman-NYA yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang BERIMAN , janganlah kamu melanggar syiar2 ALLAH dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram, jangan menganggu binatang QURBAN dan binatang QOLAID' . Dan janganlah pula menganggu orang-orang yang mengunjungi BAITULLAH sedangkan mereka mencari KURNIA dan keREDHAAN dari Tuhan-NYA"
(Surah AL-Maidah, 2:5)

Ayat ini jelas mengHARUSkan manusia mencari REZEKI melalui pelbagai BENTUK kegiatan . 

Dalam AYAT yang lain ALLAH s.w.t berfirman maksudnya:

"Apabila telah ditunaikan solat , maka bertebaranlah kamu dimuka bumi ini dan carilah kurnia ALLAH " 
(surah AL-Jumuah 10 : 626)

Prinsip - Prinsip Muamalah.

ISLAM menegaskan bahawa setiap amalan manusia dalam segala bidang kehidupan termasuklah muamalat mestilah berlandaskan SYARIAT islam yang terkandung dalam kitab suci AL-QURAN dan AS-SUNNAH .


Antara PRINSIP-PRINSIP muamalah yang telah ditetapkan oleh ISLAM adalah seperti berikut : 

  • Bertujuan untuk mencari KEREDHAAN ALLAH . mesti penuh dengan KEIKHLASAN
  • Hendaklah dilaksanakan dalam rangka tolong-menolong
  • Hendaklah dilakukan secara ADIL
  • Muamalah sesama manusia ini mestilah diamalkan dengan penuh AMANAH
  • Mestilah tidak wujud unsur penipuan
  • Muamalah dalam ISLAM juga mestilah bebas daripada unsur PENINDASAN
Etika Muamalah Islam

  • Bersikap AMANAH
  • Berlaku ADIL
  • Bekerja kerana ALLAH
  • Menepati janji
  • Bertolak ansur
  • Sedia membantu
  • Menunaikan tangungjawab AGAMA
  • Tiada riba'
  • Tekun dan tabah
  • JUJUR

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan (gunakan) harta2 antara kamu dengan cara yang salah (tipu daya dan sebagainya) kecuali dengan (jalan) perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka antara kamu "
(Surah An-Nisa' 4:29)

Wallahu'alam ^_^
9 Zulhijjah 1433H 

Thursday, 8 December 2011

ketika Akhwat jatuh cinta ..





Tak ada yang aneh, mereka juga adalah manusia...
Bukankah cinta adalah fitrah manusia???
Tak pantaskah akhwat jatuh cinta???
Mereka juga punya hati dan rasa...
Tapi tahukah kalian betapa berbedanya mereka saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya???
Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu di wajah, tak ada buncah suka di dada...



Namun sebaliknya...

Ketika Akhwat Jatuh Cinta...
Yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap...
Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya,
yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tak suci lagi...


Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya,
yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperih akan sbuah asa yang tak semestinya…

Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu…
Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai…
Yang ada adalah kegelisahan, karena rasa yang salah arah…
Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit…


Ketika Akhwat Jatuh Cinta…
Bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut…
Tak ada kata-kata cinta dan rayuan…
Yang ada adalah kekhawatiran yang amat sangat,
akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya…


Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh…
Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya…
Bahkan kendati dia harus menghilang, maka itu pun akan mereka lakukan...


Alangka kasihannya jika akhwat jatuh cinta…
Karena yang ada adalah penderitaan…
Tapi ukhti…
Bersabarlah…
Jadikan ini ujian dari Rabbmu…

Matikan rasa itu secepatnya…
Pasang tembok pembatas antara kau dan dia…
Pasang duri dalam hatimu, agar rasa itu tak tumbuh bersemai…
Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap...
Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya…
Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu…


Ukhti… Jangan khawatir kau akan kehilangan cintanya…
Karena bila memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu…
Tapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tak menghendakinya, maka tak akan pernah kalian bersatu…

Ukhti… Bersabarlah… Biarkan Allah yang mengaturnya...
Maka yakinlah... Semuanya akan baik-baik saja…

Semua Akan Indah Pada Waktunya…